Konsortium Transnasional Bhd (KTB) menyasarkan pertambahan penumpang bas ekspres Nice sekali ganda berbanding 30,000 penumpang sebulan selepas memasang perkakasan hiburan canggih BlueICE disediakan Bluesignage Sdn Bhd (Bluesignage).
Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, syarikatnya membelanjakan RM20 juta menyediakan perkhidmatan terbabit.
“Kami mahu menyasarkan 45 bas ekspres Nice menjelang suku pertama tahun ini.
“BlueICE berbentuk tablet menggunakan sistem operasi Android membolehkan penumpang menonton filem, mendengar muzik, dan melayari Internet sepanjang perjalanan mereka,” katanya.
Sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment